Pada 12 Januari 2022 jam 10.00 pagi, Persatuan Buddha Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Penjara Puncak Borneo bagi membincangkan keperluan banduan di dalam penjara dan bentuk sumbangan yang boleh disalurkan untuk kemudahan banduan.
Pengerusi Persatuan Buddha Cawangan Sarawak iaitu Encik Thian Phin Kong dan dibantu oleh Puan Lee Ngat Jin memaklumkan akan menyalurkan sumbangan kepada banduan Penjara Puncak Borneo sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tidak lama lagi.
Beliau turut memaklumkan bahawa Persatuan Buddha Sarawak juga berhasrat untuk menyalurkan sumbangan kepada seluruh banduan di institusi penjara seluruh Sarawak sempena Tahun Baru Cina. Penyaluran sumbangan ke institusi penjara akan dilakukan oleh wakil Persatuan Buddha Sarawak di setiap bahagian.