| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Misi Bantuan Pasca Banjir Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar Kepada Kakitangan Yang Terjejas Akibat Banjir

Pada 12 dan 13 Januari 2022 (Rabu dan Khamis), pihak PPA Muar bersama PERSIAP PPA Muar telah melaksanakan Misi Bantuan Pasca Banjir Pusat Pemulihan Akhlak Muar yang melibatkan 20 orang kakitangan jabatan / institusi. Program ini juga menglibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri seramai 20 orang, telah bertungkus lumus bergotong-royong dari segi pembersihan serta pemberian sumbangan dari rumah ke rumah dikalangan kakitangan jabatan / institusi yang terkesan akibat fenomena bencana alam (banjir) yang telah melanda baru-baru ini. Sepanjang misi bantuan dijalankan, lebih kurang 10 buah rumah telah berjaya dibersihkan di sekitar kawasan rumah kakitangan jabatan / institusi PPA Muar.

Pihak jabatan / institusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan usaha misi bantuan pasca banjir ini. Pihak jabatan / institusi juga berbesar hati agar usaha seperti ini diteruskan serta sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mangsa yang terkesan akibat bencana alam (banjir) ini.