Pada 13 Januari 2022 (Khamis) telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan & Amanat Tahun Baharu 2022 Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Pada perhimpunan tersebut, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan 2021 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah KDN penarafan 5 Bintang yang telah disampaikan YB Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri kepada PKP Azhar Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.