Lawatan YBhg.Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Melati, Penjara Penor telah dibuat pada 27 Disember 2021. Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk melihat pengurusan pengoperasian di Institusi ini. Turut Hadir bersama dalam sesi lawatan kerja ini adalah Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Pegawai Daerah Kuantan dan Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan. Lawatan kerja ini telah disambut oleh Pengarah Penjara Penor iaitu PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi.