17 Disember 2021 (Jumaat) – Penjara Satelit Kulim, Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada Akademi Koreksional Malaysia diketuai oleh Penolong Komisioner Penjara Abd Zaini Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia. Turut bersama-sama hadir adalah IP Suhana Binti Osman dan Kpl Mohd Zaki Bin Abd Ghani yang diiringi oleh PYB bertugas KIP Shahrul Amar Bin Marodzi dan IP Muhammad Iskandar Bin Kamarulzaman. Lawatan adalah berkisar tentang pengoperasian Penjara satelit Kulim, Kelengkapan Teknologi terkini, blok penempatan banduan dan penempatan pegawai dan staff yang bertugas.