Pada 21 Disember 2021 (Selasa), Pengarah Penjara Penor, PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi bersama-sama jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan Penjara Penor (KASBA), PERSIAP, Kopen dan Masjid Penjara Penor telah menyerahkan sumbangan kepada 15 orang kakitangan Penjara Penor yang telah terjejas banjir baru-baru ini di Kuantan. Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi bagi mereka yang menjadi mangsa banjir.