Pada 15 Disember 2021 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat PRP Sepang telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat PP Muhammad Syafiq bin Haji Mohd Sarif dan Serah Terima Tugas Komandan Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang di antara PP Mahadi bin Mustafa dan PP Muhammad Syafiq bin Haji Mohd Sarif yang disaksikan oleh Pengarah Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dato' Mohd Sakeri bin Haji Dollah. PP Mahadi bin Mustafa dapat bertukar ke Penjara Sungai Udang, institusi ini mengucapkan selamat maju jaya dan mengalu-alukan kedatangan PP Muhammad Syafiq bin Mohd Sarif bagi menerajui pentadbiran institusi ni.