03 Disember 2021 (Jumaat) Penjara Puncak Borneo menerima lawatan kerja dari Encik Rahmat bin Elli, Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak yang disambut oleh PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo. Tujuan lawatan ini bagi mengadakan Program Rakan Muda Day Out Peringkat Negeri Sarawak 2021 pada 05 Disember 2021 yang bertemakan "Gerakan Kesukarelawan Belia Sarawak Keluarga Malaysia" bersama Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo. Diakhir lawatan, telah diadakan sesi penyerahan sijil dan banner kepada PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo.