9 Mac 2020 - Penjara Tapah dengan kerjasama Pertubuhan Anti Jenayah Bersatu Malaysia dan Kolej Putra Intelek Antarabangsa telah mengadakan Majlis Penutup Program Persijilan Logistic And Supply Chain Management kepada yang diadakan di Dewan Ilmu, Penjara Tapah. Seramai 61 orang banduan dan 35 ahli keluarga terlibat menjayakan majlis ini. Majlis penutup telah dirasmikan oleh KP Abdul Kadir bin Haji Rais, Pengarah Pengurusan banduan. Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Penjara Negeri Perak, Ketua Eksekutif Putra Intelek International College, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan serta wakil Pertubuhan Anti Jenayah Bersatu Malaysia.