Pada 12 November 2021 (Jumaat), Unit Agama Islam Penjara Kajang (RPD) telah mengadakan Ceramah Perdana bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Kajang (RPD) 1442 Hijrah. Al-Fadhil Ustaz Mohd Khalil bin Abdullah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkisar tentang sirah perjuangan Rasulullah SAW. Seramai 120 orang banduan telah terlibat dalam majlis ini. Majlis berakhir dengan Persembahan Nasyid Jama’ei oleh penghuni RPD Penjara Kajang.