Pada 20 Oktober 2021 - Penjara Satelit Kulim, Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM), TKP Dr. Kamsiah Binti Kamin. Sesi perbincangan ringkas telah diadakan bersama Komandan Penjara Satelit Kulim, TPP Azman bin Husain, Timbalan Komandan Penjara Satelit Kulim, TPP Aizuddin bin Ismail dan anggota-anggota Penjara daripada Akademi Koreksional Malaysia yang bertugas di Penjara Satelit Kulim. Perbincangan berkisar berkenaan dengan keperluan kursus semasa bertugas oleh anggota-anggota penjara yang ditempatkan di PS Satelit bagi mencukupi keperluan kursus anggota penjara selama 3 hari. Pegawai penjara dan kakitangan yang hadir sama dari AKM adalah KIP Kartini binti Jafar, IP Mohamad Sofi bin Musa dan SJN Syahiza binti Mohd Noor. Seterusnya, diadakan sesi lawatan ke sekitar pejabat pentadbiran PS Kulim dan sesi bergambar bersama Komandan dan Timbalan Komandan.