Pada 16-17 Oktober 2021 dan 26-27 Oktober 2021 , Penjara Bentong telah mengadakan latihan menembak selama (4) hari yang bertempat di Lapang Sasar IPD Bentong, Bentong. Latihan menembak ini melibatkan seramai (490 ) orang anggota yang terdiri daripada kakitangan Penjara Bentong, Pejabat Pengarah Negeri Pahang, Pejabat Parol Daerah Temerloh, Pejabat Parol Daerah Jerantut dan Unit K9 Negeri Pahang. Sebanyak lima jenis senjatapi yang digunakan semasa latihan menembak iaitu Smith & Wesson MP9, Revolver .38, Heckler & Koch MP5, Pump Action Gun dan M16 Rifle. Objektif latihan ini diadakan adalah bagi melatih anggota agar mahir dalam mengendalikan dan menggunakan senjatapi. Semua anggota yang terlibat telah terlebih dahulu menghadiri latihan kering penggunaan senjatapi sebelum menghadiri latihan menembak secara praktikal. Turut hadir bersama latihan menembak ini KP Dato’ Ab Basir Bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Pahang, TKP Dato’ Abu Hassan Bin Hussain Pengarah Penjara Bentong dan Superintenden Zaiham Mohd. Kahar Ketua Polis Daerah Bentong.