Program Sayangi Diri dan Keluarga Bersama AADK anjuran Sekolah Integriti Kota Kinabalu (SIKK) telah diadakan pada 11.03.2020 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Program ini dijalankan di Dewan Bestari Penjara Pusat Kota Kinabalu dan telah dihadiri seramai 68 orang pelajar SIKK dan 50 orang penghuni banduan dewasa. Pengisian program adalah ceramah antidadah yang telah disampaikan oleh pegawai penguatkuasa AADK cawangan Kota Kinabalu iaitu Encik Mohd Arfizan Bin Abdul Majid dan dibantu oleh Encik Jainudin Bin Rudin. Dalam sesi ini, para peserta berpeluang untuk berkongsi pengalaman di samping mendapat pencerahan mengenai bahayanya dadah. Sijil penghargaan kepada penceramah telah disampaikan oleh TPP Jaini Ayong Bin Rajawa.