Pada 21 Oktober 2021 ( Khamis ) bersamaan 14 Rabiul Awal 1443 Hijrah Ceramah Maulidur Rasul telah diadakan bertempat di Masjid Penjara Penor, Kuantan. Program tersebut bermula pada 8.30 malam selepas solat Maghrib. Penceramah jemputan adalah Dr. Hj. Mohd Salleh bin Ramli Al- Hafiz dari Pengarah Maahad Tahfid Turath Negeri Pahang. Ceramah yang diberikan adalah bertajuk "Ukhwah Islamiah Asas Perpaduan".
Program tersebut telah dihadiri oleh 70 orang pegawai dan kakitangan Penjara Penor. Usai ceramah agama, para Jemaah mendirikan Solat Isyak dan diteruskan dengan Selawat Ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan jamuan ringan. Majlis turut dihadiri Pengarah Penjara Penor iaitu PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi.