21 Oktober 2021 (Khamis) – Penjara Puncak Borneo, Sarawak telah menerima lawatan daripada Ahli Lembaga Hakim Pelawat Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo sesi 2021 bagi bulan Oktober 2021. Lembaga Hakim Pelawat yang hadir iaitu Puan Mearinna Lubiren dan Tuan Haji Yusree bin Zainuzzaman telah membuat lawatan ke dorm penempatan penghuni, kelas dan bengkel jahit. PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo turut mengiringi lawatan oleh Ahli Lembaga Hakim Pelawat tersebut.