Pada 16 Oktober 2021 (Sabtu), Lawatan Turun Padang YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman Timbalan Ketua Setiausahan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri ke Pusat Koreksional Jasin, Melaka bersama YA Tuan Ahmad Razif bin Mohd Sidek (Pengerusi Lembaga Parol 2) dan Puan Siti Jalilah binti Abd Manap (SUB Unit Lembaga Parol KDN) diiringi oleh Komisioner Penjara YBhg. Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman (Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti), Timbalan Komisioner Penjara Ku Nawawi bin Ku Hamid (Pengarah Penjara Negeri Melaka), PKP Zalina binti Mohd Yunus (Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka), Pegawai dan kakitangan KDN, Pegawai Kanan IPPM, Pegawai Kanan PPNM dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka serta Pegawai dan kakitangan (RISDA) ke kawasan tanaman yang meliputi sayuran berdaun, berbuah dan tanaman strawberi yang diusahakan di institusi ini. Lawatan ini juga bertujuan untuk melihat aktiviti-aktiviti pertanian luar yg dilaksanakan oleh Orang DiSelia (ODS) di institusi ini. Pada sesi lawatan ini telah diadakan simbolik acara penanaman pokok oleh YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, YA Tuan Ahmad Razif bin Mohd Sidek, Komisioner Penjara YBhg. Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman dan Puan Siti Jalilah binti Abd Manap. Lawatan ini berakhir dengan sesi bergambar dan menandatangani Buku Pelawat di tempat Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) Pusat Koreksional Jasin, Melaka.