14 Oktober 2021 - Penjara Satelit Kulim, Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia diketuai oleh Penolong Komisioner Penjara Norneelah binti Shukor, Ketua Seksyen Hal Ehwal Staf dan Inspektorat, Bahagian Pembangunan & Profesionalisme IPPM. Turut bersama-sama hadir adalah Timbalan Komandan Penjara satelit Kulim, Kedah, Timbalan Penguasa Penjara Aizuddin bin Ismail. Lawatan adalah berkisar tentang isu kebajikan anggota di Penjara Satelit Kulim, Kedah.