01 & 02 Oktober 2021 (Jumaat & Sabtu) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menerima jemputan ke Kursus Usahawan Penternakan Kelulut Di Pusat Kelulut, Kendong, Kota, Negeri Sembilan. Seramai (1) Pegawai Kanan dan (1) anggota lain-lain pangkat telah menghadiri kursus tersebut. Perasmian kursus tersebut telah disempurnakan oleh YB Haji Bakri Sawir, Exco Pertanian & Industri Asas Tani Adun Klawang. Turut hadir pada perasmian tersebut iaitiu PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan bersama PKP Shahrom bin Mohamed, Pengarah IPDJ dan PP Shahrul Nizam bin Husain, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Tujuan utama kursus diadakan bagi mendedahkan kepada para peserta tentang manual penternakan madu kelulut dan cara-cara pembenihan.