04 Oktober 2021 (Isnin) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menerima kunjungan daripada YB Datuk Seri Hj Jalaluddin Alias Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu. Turut hadir PKK Abd Rahman bin Taib Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ. Tujuan utama lawatan adalah membincangkan berkenaan isu tapak Tokong Lian Fah Am, Glami Lemi, Jelebu bersama wakil Ahli Jawatankuasa Tokong Lian Fah Am.