| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelaksanaan Program Langkah Kanan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Siri 1/2021

01 Oktober 2021 (Jumaat) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Program Langkah Kanan Siri 1/2021 bertempat di Rumah Kelab IPDJ. Turut hadir TPP Ahmad Arifuddin Bin Ahmad Tarmidzi Timbalan Penguasa Penjara IPDJ dan Pegawai daripada Unit Program Pemulihan Insan (PPI) serta Pegawai Penempatan Semula (PPS). Program ini bertujuan meraikan kerjasama yang telah dijalinkan bersama majikan serta simbolik kepada komitmen Institusi untuk menjayakan agenda pengintegrasian yang strategik melalui pemulihan dalam komuniti selaras dengan sasaran utama Jabatan Penjara Malaysia untuk menempatkan 2/3 banduan daripada penjara berada di luar tembok menjelang tahun 2030.