05 Oktober 2021 - Hasil kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, program vaksinasi banduan di Penjara Satelit Kulim, Kedah telah diadakan dengan jayanya. Seramai 10 kakitangan daripada PKD Kulim diketuai oleh Dr. Suhaila binti Abbas menjalankan program vaksinasi kepada 251 orang banduan menggunakan vaksin jenis Can Sino. Program bermula pada jam lebih kurang 08.00 pagi dan tamat lebih kurang jam 03.00 petang.