| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Seminar Mendepani Cabaran Profesionalisme Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia 2021

14 – 15 September 2021 (Selasa-Rabu) di Bilik Media, Aras 4, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (Baharu) telah diadakan Seminar Mendepani Cabaran Profesionalisme Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia. Seminar ini yang julung kali diadakan secara atas talian merupakan salah satu alternatif perkongsian kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan korektif di Jabatan Penjara Malaysia.

Ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia, Asian and Pacific Conference of Correctional Administrators (APCCA) tidak dapat diadakan pada tahun ini dan ditunda ke tahun seterusnya. Justeru itu, inisiatif Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan (BHEAP) dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Kepenjaraan, Bahagian Pembangunan dan Professionalisme serta Bahagian Teknologi Maklumat mengambil langkah menganjurkan seminar ini secara atas talian. Penyertaan khusus kepada Pengarah Penjara Negeri, Timbalan Pengarah Penjara Negeri dan Ketua-ketua Institusi Penjara Malaysia. Agenda dan panel penilai adalah:

Agenda Panel Penilai
1. Challenges And Initiatives In Corrections

KJP Dato' Haji Nordin bin Hj Mohamed

TKJP Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak  (Keselamatan dan Koreksional)

TKJP Abd Kadir bin Rais (Pengurusan)

TKJP Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman (Pemasyarakatan)

2. Managing Prison Emergencies (Covid-19 Pandemic, Natural Disasters, Disorder, Escapes, Suicide Etc): Prevention, Preparedness, Response And Recovery

TKJP Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak (Keselamatan dan Koreksional)                                                                                                     

KP Hj Ahmad Faudzi bin Hj Awang
Pengarah Keselamatan dan Inteligen

KP Ajidin bin Saleh
Pengarah Pengurusan Banduan

3. Providing Effective Programs For Staff Support And Career

TKJP Abd Kadir bin Rais (Pengurusan)

KP Dato' Narander Singh A/L Chand Singh
Pengarah Maktab Penjara Malaysia

KP Ariffin bin Mohd Noor
Pengarah Pembangunan Professionalisme

4. Managing The Release Of Prisoners And Engaging The Community In Reintegration

TKJP Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman
(Pemasyarakatan)

KP Supri bin Hashim
Pengarah Dasar Kepenjaraan

TKP Abdul Kadir bin Jailani

Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan

 

5.

Best Practises In Meeting The Need Of Offenders

KP Dato' Narander Singh A/L Chand Singh
Pengarah Maktab Penjara Malaysia

TKP Dr. Kausalya Devi A/P Sathoo
Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan

TKP Abdul Kadir Jailani

Kriteria yang dinilai dalam pembentangan adalah:

Perkara Markah%
Pendahuluan 10

Kupasan Tajuk
-Definisi

10

Persembahan

  • Huraian
  • Rujukan
  • Contoh
40

Kreativiti

  • Grafik/ilustrasi
  • Gambar/video
10
Penguasaan Bahasa 10
Keyakinan Diri 10
Penutup/Rumusan 10
Jumlah 100%

Keputusan pemenang bagi seminar ini akan diumumkan dalam Mesyuarat Ketua-ketua Institusi yang akan datang.