Pada 20 September 2021 (Isnin), Penjara Dusun Dato' Murad telah mengadakankan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Dusun Dato' Murad di antara PKK Zamzuri bin Ghani dan PKP Mohd Hafizey bin Yahaya yang disaksikan oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid. PKK Zamzuri bin Ghani telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Bahagian Dasar Kepenjaraan, IPPM berkuatkuaa pada 20 September 2021. Pihak Institusi mengucapkan selamat maju jaya kepada PKK Zamzuri bin Ghani dan mengalu-alukan kedatangan PKP Mohd Hafizey bin Yahaya bagi menerajui pentadbiran Institusi ini.