| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Vaksinasi Covid-19 Keatas Banduan Di Pusat Koreksional Kamunting, Perak

Pada 20 September 2021 (Isnin) jam 08.30pagi, Pusat Koreksional Kamunting dengan kerjasama seramai 20 kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang & Selama Taiping yang diketuai oleh Dr. Asnida binti Ibrahim telah mengadakan program vaksinasi COVID-19 ke atas banduan di Pusat Koreksional Kamunting. PKP Harun bin Awang, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting turut hadir dalam program tersebut. Seramai 422 banduan telah berjaya divaksin dengan Dos pertama (disuntik Vaksin Sinovac). Suntikan Dos pertama tersebut melibatkan banduan kategori hukuman lama, banduan warga emas, dan bandunita.