14 September 2021 (Selasa) - Bertempat di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah diadakan Majlis Pelancaran Program "Food Bank" Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang berkonsepkan 'Ambil Jika Perlu, Beri Jika Mampu'. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Antara objektif pelaksanaan Program “Food Bank” ini adalah sebagai satu inisiatif bagi membantu anggota dan kakitangan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Sasaran pelaksanaan program ini adalah untuk anggota dan kakitangan yang tergolong dalam kumpulan B40 dan juga anggota yang memerlukan bantuan dari semasa ke semasa. Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak turut menerima sumbangan sebanyak RM 1,000.00 daripada Persatuan Pegawai Penjara (POA) bagi menjayakan program ini.