Pada 13 & 14 September 2021 (Selasa & Rabu) bertempat di Dataran Insaf, Penjara Seremban dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Negeri Sembilan dan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sembilan telah diadakan program vaksinasi ke atas 759 banduan telah menerima dos pertama suntikan vaksin (AstraZeneca). Seramai 42 kakitangan dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan dibantu oleh 9 anggota penjara termasuk 3 sukarelawan menjayakan program vaksinasi tersebut. Program turut diserikan dengan kehadiran PKK Abd Rahman bin Taib (Pengarah Penjara Negeri Sembilan).