Pada 16.09.2021 (Khamis), bertempat di Blok Pentadbiran Penjara Puncak Borneo, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak (JAKIM) telah mengadakan program 'Ready To Eat' bersama warga kerja Penjara Puncak Borneo sempena Sambutan Hari Malaysia Tahun 2021. Antara pengisian program adalah penyerahan bungkusan jamuan yang disempurnakan oleh Encik Hamdan bin Jar’ee, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak (JAKIM) kepada PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo, Sarawak.