Pada 3 September 2021 (Jumaat) bertempat di Mahkamah Tinggi Seremban telah diadakan sesi perbincangan berkaitan Pengurusan Prison Reform Peringkat Penjara Negeri Sembilan bersama YA Dato' Paduka Haji Azman bin Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban. Sesi perbincangan turut disertai oleh PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Seremban, PKP Shahrom bin Mohamed, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Perbincangan turut disertai oleh wakil Bahagian Keselamatan & Inteligen dan Parol & Perkhidmatan Komuniti, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.