Pada 02 September 2021 bersamaan 24 Muharam 1442 Hijrah, Penjara Seremban telah menerima lawatan dari Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru yang di wakili oleh Farisa Rahmadani bersama (3) pegawai bersempena Program Bantuan Hari Ulang Tahun RI ke -76 untuk penghuni warganegara Indonesia yang berada di Penjara Seremban. Diantara pengisian lawatan ialah sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Keselamatan Penjara Seremban, TPP Mohamad Nazeff bin Mohamed Mazelan serta serahan Sumbangan dan Baju Tshirt Putih kepada (16) penghuni Warganegara Indonesia. Program turut dihadiri PP Zakaria bin Mat Jusoh, Timbalan Pengarah Penjara Seremban dan TPP Norul Hisyam bin Ismail bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM).