19 Februari 2020 (Rabu), Unit Pengurusan Psikologi dan PPI Penjara Wanita dengan jayanya telah melaksanakan Program Kesedaran Dadah Siri 1/2020 dengan melibatkan 80 orang banduan di bawah kesalahan dadah. Program ini telah diisi dengan ceramah kesan buruk dadah terhadap kesihatan yang disampaikan oleh DR Yuzneeza Bt Yazid U52 dan Latihan Dalam Kumpulan oleh Kaunselor Pelatih UNIMAS/ UMS, manakala pada sebelah petang banduan diberikan ruang untuk tayangan bertajuk ?Dari Pintu Neraka?. Objektif program ini adalah menyemai rasa kesedaran dalam diri banduan untuk lebih menyayangi diri (fizikal dan kesihatan) dan keluarga yang selalu ada untuk mereka apabila mereka dalam kesusahan.