Pada 30 Ogos 2021 (Isnin), Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Bahan Pembelajaran Penyediaan & Operasi Penanaman Kelapa Sawit dan Pengendalian Tanaman Nanas telah diadakan Bilik Gerakan Luar Pusat Koreksional Kamunting. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Seksyen Vokasional & Industri), TKP Zainab binti Pardi. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah PP Mohd Daud bin Idris dan Encik Mohd Fairoz bin miskan dari Seksyen Vokasional & Industri IPPM. Selepas mesyuarat, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Seksyen Vokasional & Industri), TKP Zainab binti Pardi telah melawat Unit Kolam Ikan dan Unit Ternakan & Ruminan dengan diiringi PKP Harun bin Awang, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting.