Pada 03 Ogos 2021 (Selasa), Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Majlis serba ringkas ini dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dimulai dengan sesi menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa di antara PKP Hairol Hisham bin Mohd Harith dan PKP Azhar bin Ahmad dengan disaksikan oleh TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid, Pengarah Penjara Negeri Melaka.