Pada 22 Julai 2021, Penjara Reman Pulau Pinang telah menerima kunjungan daripada Pn. Suhartinah wakil Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Pulau Pinang untuk menyerahkan sumbangan sempena Sambulan Hari Raya Aidil Adha kepada tahanan warga Indonesia yang berada di Penjara Reman Pulau Pinang. Sumbangan tersebut diterima oleh PP Mohd Suhairi Bin Awang Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.