Pada 17 Julai 2021 (Sabtu), berikutan penularan wabak Covid-19 di kalangan kakitangan Penjara Sungai Udang dan ahli keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah (PKDMT) telah mengadakan program pemberian vaksin kepada kakitangan dan ahli keluarga yang telah mencapai umur 18 tahun keatas. Sebanyak 314 vaksin telah diberikan kepada kakitangan dan ahli keluarga. Program telah diadakan di perkarangan Masjid Sultan Muhammad V, Penjara Sungai Udang mengikut SOP yang telah ditetapkan. Sehingga kini, sebanyak 94.30% kakitangan Penjara Sungai Udang telah menerima suntikan vaksin. Program telah berakhir pada jam 3.30 petang.