| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sumbangan Fullset Medical Face Shield Dan Vitamin C Kepada Anggota Penjara Yang Bertugas Di Institusi Penjara Negeri Melaka

Pada 10 Julai 2021 satu lawatan kerja oleh YBhg. Dato' Komisioner Jeneral Penjara ke Institusi Penjara Negeri Melaka. Lawatan kerja satu hari ini juga disertai oleh Tuan Abdul Kadir bin Rais, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman - menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarakatan), Tuan Supri bin Hashim Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan dan Tuan Haji Ajidin bin Haji Salleh Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan. Lawatan dimulai dengan Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad, Pusat Koreksional Jasin, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Penjara Sungai Udang dan akhir lawatan di Penjara Satelit A' Famosa.

Di dalam lawatan kerja tersebut pihak Yayasan Koreksional Malaysia telah memberikan sumbangan Fullset Medical Face Shield pada anggota Institusi Penjara Negeri Melaka, manakala Vitamin C diurus oleh Bahagian Pengurusan Banduan, IPPM. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg Dato' Haji Nordin Bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia merangkap Pengerusi Yayasan Koreksional Malaysia. Sumbangan ini adalah sebagai perlindungan tambahan bagi anggota yang bertugas di Institusi Penjara Negeri Melaka.