| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sumbangan Fullset Medical Face Shield Kepada Anggota Penjara Yang Bertugas Di Zon Timur Dalam Mendepani Kes Covid-19

Sempena dengan lawatan YBhg. Dato' Komisioner Jeneral Penjara ke Institusi Penjara Zon Timur pada 23 Jun hingga 25 Jun 2021, Yayasan Koreksional Malaysia telah memberikan sumbangan Fullset Medical Face Shield pada anggota Penjara Zon Timur. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg Dato' Haji Nordin Bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia merangkap Pengerusi Yayasan Koreksional Malaysia. Sumbangan adalah sebagai perlindungan tambahan bagi institusi penjara di Zon Timur iaitu  Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pahang, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kelantan, Penjara Bentong, Penjara Penor, Penjara Marang, Pusat Koreksional Dungun, Penjara Pengkalan Chepa dan Pusat Pemulihan Akhlak Machang.