Pada 28 Jun 2021 (Isnin), berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sungai Udang mulai 23 Jun 2021 sehingga 06 Julai 2021, Institusi ini telah menerima sumbangan peralatan keselamatan daripada Syarikat Timering Sdn Bhd. Sumbangan telah disampaikan oleh wakil syarikat kepada TKP S.Gunasegaran a/l Shammugam (Pengarah Penjara Sungai Udang). Antara sumbangan yang diterima adalah hand sanitizer, face mask dan air mineral. Institusi ini mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan ini.