22 Jun 2021 (Selasa) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menjalankan Ujian Saringan Swab Test Covid-19 terhadap semua kakitangan & keluarga kerjasama bersama Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu. Turut hadir PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ. Ujian Saringan Swab Test Covid-19 ini telah diikendalikan oleh Dr. Mohd Firdaus bin Ismail Pegawai Perubatan Epic Dermatology Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu dan Dr. Sharifah Faizah Bt. Mohd Faizal Jeyabalan Pegawai Perubatan IPDJ serta 25 orang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu. Ujian Swab Test ini dilakukan bagi semua kakitangan dan keluarga IPDJ. Ujian Saringan Swab Test Covid-19 ini telah berjalan lancar secara pandu lalu dengan mematuhi Standard Of Procedure yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.