Pada 17 Jun 2021 Yayasan Koreksional Malaysia telah memberikan sumbangan Fullset Medical Face Shield pada anggota Penjara Zon Utara yang disampaikan oleh YBhg Dato' Haji Nordin Bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Sumbangan adalah sebagai perlindungan tambahan bagi institusi penjara di Perlis dan Kedah iaitu Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perlis, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah, Pusat Koreksional Perlis, Penjara Pokok Sena, Penjara Alor Setar, Penjara Sungai Petani dan Penjara Satelit Kulim.