| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan Keatas Setiausaha Persekutuan Sabah

Pada 27 Mei 2021 (Jumaat), jam 02.30 Petang, YDH TKP Hajah Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan, bersama PKK Teyun Thian Eim Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PKP Kesumawati Binti Ilas Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu serta beberapa pegawai dari Kompleks Penjara Kota Kinabalu telah mengadakan kunjungan hormat keatas Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato' Dr.Zulkapli Bin Mohamed, di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk memperkenalkan beliau selaku Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan serta beberapa barisan kepimpinan Jabatan Penjara Malaysia yang baharu. Antara lain perkara yang dimaklumkan oleh YDH TKP Hajah Nora binti Musa kepada Dato' Dr.Zulkapli Bin Mohamed adalah program-program pemulihan yang dilaksanakan dalam Jabatan Penjara Malaysia khasnya di Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Selain itu, Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan turut memaklumkan situasi semasa pandemik Covid-19 di institusi Penjara Sabah. Kunjungan hormat tersebut selesai pada jam 0345 petang dan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata.