Pada 26 April 2021 (Isnin) jam 11.00 pagi, YBhg. KJP Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Y.BRS. Tuan Rahimi bin Ismail, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri. Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama kedua-dua belah pihak dan juga bertukar-tukar pendapat.