Mac 21, 2021 @ 1145 am. Program Intensif Al- Quran bagi Orang Diparol (ODP) merupakan salah satu usaha yang dibuat oleh Jabatan Penjara Malaysia bersama Yayasan Muslimin bagi menjana Program Pemulihan terhadap ODP diluar penjara.
Program ini dengan rasminya telah dilancarkan pada 21 Mac 2021 bertempat di Asrama ODP CSI Panasonic Shah Alam, Selangor oleh YBhg Dato Mohd Sakeri Bin Hj Dollah, Pengarah Penjara Selangor & WPKL serta disaksikan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Penjara Negeri Selangor & WPKL, Yayasan Muslimin, Syarikat Panasonic dan Syarikat JAJ.
Program ini disasarkan kepada ODP bukan sahaja untuk program pemulihan malah menjadikan Al-Quran sebagai budaya dalam hidup mereka melalui kaedah yang betul.
Program ini diajarkan secara percuma dengan kaedah pembelajaran pada setiap hari Ahad dalam 2 sesi iaitu pagi dan petang selama 2 jam bagi setiap sesi oleh guru pembimbing dari Yayasan Muslimin dalam tempoh 3 bulan. Setelah tamat pengajian, ODP ini akan dianugerahkan sijil serta layak untuk mengajar individu lain terutamanya kanak-kanak.
Penutup program diakhiri dengan penyampaian sumbangan oleh YBhg Dato' kepada wakil Yayasan Muslimin sebagai tanda penghargaan diatas usaha mereka untuk menjayakan program yang sangat murni ini.