| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Restu Ibu Sekolah Integriti (Wanita) Kota Kinabalu Tahun 2021

Pada 17 Februari 2021, Sekolah Integriti (Wanita) Kota Kinabalu telah mengadakan Sambutan Majlis Restu Ibu bagi calon SPM tahun 2020 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara Wanita Kota Kinabalu secara online menggunakan medium google meet. Objektif majlis ini adalah untuk memohon restu ibu bapa dan guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan paling berharga menghadapi peperiksaan SPM dan dapat menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa, guru dan pihak Penjara Wanita Kota Kinabalu. Program ini juga diadakan bagi memberi kedaran kepada para pelajar bahawa guru-guru dan ibu bapa amat mengambil berat terhadap pencapaian para pelajar.

Majlis ini bermula jam 2.30 petang. Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu PKP Kesumawati Binti Ilas telah menyempurnakan majlis Restu Ibu dengan memberi ucapan dan kata semangat kepada calon SPM tahun 2020. Tidak ketinggalan juga Ustaz Hasmizan selaku Penyelia Sekolah Integriti (Wanita) Kota Kinabalu turut menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis tersebut.

Sambutan majlis Restu Ibu diteruskan lagi dengan sesi ucapan ibu dengan memberi dorongan dan sokongan dalam menempuhi peperiksaan SPM nanti. Seterusnya rakaman kata-kata semangat dan harapan daripada seorang bapa kepada anaknya juga telah berjaya dilaksanakan. Penutup bagi majlis ini ialah sesi bergambar.