Pada 18 Februari 2021 (Khamis), Timbalan Komisioner Penjara Hajah Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, bersama Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sabah & W.P Labuan telah membuat kunjungan hormat kepada YB Tuan Mohamad Hamsan Bin Awang Supain, Pembantu Menteri II Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri Sabah. Pada sesi kunjungan hormat tersebut YB Tuan Mohamad Hamsan Bin Awang Supain telah diberikan taklimat ringkas mengenai Jabatan Penjara Malaysia & W.P Labuan secara amnya dan Bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, khususnya. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati.