23 Februari 2021 (Rabu) - Dr. Norisah binti Suhaili, Pengarah Pendidikan Sarawak bersama (04) orang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah hadir membuat pemantauan di Pusat Peperiksaan SPM tahun 2020 bagi pusat Sekolah Henry Gurney Penjara Puncak Borneo dan Sekolah Integriti Kuching. Kedatangan beliau telah disambut oleh Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Hamdan Salleh bin Majin serta persembahan dari penghuni. Sesi lawatan diakhiri dengan menandatangani Buku Pelawat dan sesi bergambar.