| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penghuni SHG Telok Mas Menduduki Peperiksaan SPM 2020

Pada 22 Februari 2021 (Isnin), seramai 66 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah memulakan peperiksaan SPM bertempat di Dewan Parameswara Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Peperiksaan yang sepatutnya dijalankan pada bulan November tahun lalu terpaksa ditunda pada hari ini 22 Februari 2021 sehingga 25 Mac 2021 akibat penularan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara ketika ini. Sepanjang peperiksaan dijalankan para pelajar akan dipantau agar sentiasa mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).