Pada 18 Februari 2020 yang lepas Institusi Penjara Pusat Sri Aman telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan peringkat kakitangan dan keluarga Penjara Pusat Sri Aman dimana majlis telah disempurnakan oleh PKP Anbalagan a/l Subramaniam. Penganjuran majlis makan malam tahunan ini adalah aktiviti tahunan Institusi bagi memberi penghargaan kepada warga kerja diatas sumbangan mereka dan penyertaan mereka dalam menjayakan apa jua program yang diadakan di Institusi. Pada Majlis kali ini pihak institusi juga telah menjemput pesara-pesara penjara yang pernah berkhidmat di institusi untuk memeriahkan lagi majlis.