Pada 9 Februari 2021 (Selasa), Yang Berhormat Tuan Jonathan Bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II telah mengadakan Lawatan Kerja ke sekolah Henry Gurney Keningau. Turut hadir, Timbalan Komisioner Penjara Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri II iaitu Encik Zulfadzli Hisham Bin Abu Zahni. Taklimat Pengurusan telah disampaikan oleh Penolong Komisioner Penjara Jorennedy Sylvester, Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau dan IP Stanley Jumin dari Pejabat Parol Pedalaman. Program tersebut diakhiri dengan lawatan ke blok penempatan penghuni oleh Yang Berhormat Tuan Jonathan Bin Yasin.