17 Februari 2021 (Isnin), bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching.Penjara Negeri Sarawak telah menghadiri jemputan ke Majlis Penyerahan Sumbangan Buku oleh YDH Tuan Haji Japri Bujang Masli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Pustaka Negeri Sarawak kepada Penjara Sarawak yang diwakili oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Objektif penyerahan buku tersebut adalah bertujuan memupuk minat membaca di kalangan penghuni penjara disamping memberi pengetahuan menerusi bacaan. BookShare adalah satu inisiatif dari Persatuan Pustakawan Malaysia, Kumpulan Sarawak (PPMKSAR) untuk mengumpul buku-buku baru dan terpakai sumbangan masyarakat dan diedarkan ke sudut-sudut bacaan kepada mereka yang memerlukan di seluruh Negeri Sarawak. Sumbangan buku tersebut akan diagihkan kepada Penghuni Penjara Puncak Borneo dan Sekolah Henry Gurney, Kuching.