| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sanitasi Covid-19 Di Penjara Wanita Kajang

Pada 1 Februari 2021 (Isnin) lebih kurang 9.00 pagi, institusi ini telah mengadakan Sanitasi Covid-19 di seluruh kawasan Penjara Wanita Kajang. Sanitasi ini diketuai oleh PPgB Mohamad Akmal Bin Mohamad Khairi, Zom 4 Selangor (Hulu Langat) dan seramai 40 anggota menyertai dari pelbagai agensi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Langat dan disertai oleh HAZMAT Unit Team, Rescue Bencana Malaysia (RBM) dan Pejabat Kesihatan Daerah bersama Kementerian Kesihatan Malaysia.

TPP Nanthini A/P Balakrishnan, Ketua Bahagian Keselamatan (Fizikal), Penjara Wanita Kajang selaku PYB dan lebih kurang 98 Pegawai serta anggota lain-lain pangkat telah bekerjasama membuat kawalan terhadap banduan semasa sanitasi dilaksanakan di seluruh kawasan Penjara Wanita Kajang. Sanitasi telah berjalan dengan lancar dan selesai pada jam 12.30 tengahari.